Syukur padamu Ya Allah..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Tak putus2 aku mengucap syukur di atas rezeki yang Allah berikan.. Bukan aku nak membangga diri,atau meriakkan diri ni.. Semua tau ape akibat riak kan,tapi sekadar berkongsi kegembiraan,ku coretkan segala kenangan aku di sini. Esok bila dah tua,boleh la selak2 Blog ni,baca semua kenangan yang pernah ku lalui..
Yea,berita yang menggembirakan aku kali ni,tak lain tak bukan,aku berjaya memenangi peraduan. Dan peraduan kali ni betul2 buat aku pada mulanya membuat aku kecewa sangat2. Sebelum aku cerita,meh tgk peraduan ape yang aku masuk tu.
SMS & menang anjuran Giant. Caranye mudah je,beli je apa2 produk yang terlibat contohnye Drypers,Hey Baby,Librease dan lain2.. Dalam T&C tu cuma nak minimum resit Rm 5 je.. Dan aku pun beli la barangan Librease yang berharga rm5.30 tu.. Sampai di rumah,aku pun sms je la. Peraduan ni selama 27 hari je. Tengok hadiah2 tu,aku target nak S3 mini tu je.
Dan baru2 ni,organizer call,yang aku menang Hadiah Utama.. Perghhhh menggagau aku cari balik form ni,ape agaknye Hadiah Utama tu kan. Waaa TV LED 40",memang aku tak percaya. Organizer suruh aku emailkan semua resit2 dan juga photocopy IC aku. Dengan hati girangnye,aku punggah la beg,cari semua resit2 tu,tapi hampa rase hati ni. 1 resit dah hilang.. Uwaaa takutnya kalau disqualified.. Memang macam tu la peraturannya,kalau tak cukup bukti pembelian tu,maka hadiah itu akan gugur secara automatik.
Aku tawakal je,emailkan resit yang ada. Dan tunggu jawapan dari mereka. Dan mereka mendapati mmg aku tak cukup 1 lagi resit. Lepas tu senyap je macam tu. Hari2 aku fikir,sampai stress jadinya. So,lepas aku luahkan segalanye kepada suami dan kawan2,dorg suruh aku bersabar je. Dan aku set kat minda aku,kalau bukan rezeki,aku redha dan pasrah. Memang kecuaian aku sendiri.
Tunggu punya tunggu,dah rabu,masih tak ada apa2 dekat email.. Aku emailkan dekat mereka Jumaat lepas. Dalam duduk termenung tu,telefon aku bunyi. Ada seorang cina tu kata aku menang Rm 1000 cash voucher dari Tea Pot.. Wahhh tak sangka aku menang.. Terubat jugak la hati ni.
Untuk Tea Pot,memang aku target Hadiah Istimewa tu je. Tak ade la aku nak target Hadiah Utama tu,sebabnya umah aku kecik je,sewa lak tu.. sayang woo rumah sewa Eric Leong buat deco. Kalau umah sendiri tak pe la jugak kan kan kan kan.. Tapi,bohong la kan aku submit 1 form je untuk Tea Pot ni.. Susu ni pun bukan mahal pun. Jadi,aku submit jugakla nama suami aku,aku letak alamat rumah kat kampung tu. Haaa kalau alamat rumah kat segamat tu menang,rela hati sangat aku suruh Eric Leong buat dekorasi. Doakan la ye,nama suami aku sangkut jugak kat Tea Pot.. Dorg tak habis call winner lagi tu.. Hadiah istimewa tu untuk 100 orang.
Belum lagi dapat voucher,aku dah berangan nak beli sofa baru. Yang suami aku pulak kata,nak beli katil bertingkat untuk anak2. Aishhh mane 1 ni nak beli. Voucher tu pun ade 1 je. Berdoa je la,kot ade lagi nama2 yang aku submit menang kan kan kan.. Nak je aku submit nama kawan2,tapi risau plak,kang menang nama dorg,hadiah dorg amik hahaha.. Nama adik2 aku,aishhh memang susah la nak menang kalau 1 bin/binti.. Selalu aku submit,nama aku laki bini,nama mak dgn nama adik ipar aku yang kat Gemas tu ha. Takpe la, aku dah submit 4 nama,dah cukup bersyukur sangkut 1 nama.
Dalam hati aku ni berbunga2 dah nak dapat Rm1k voucher tu,ternampak la status kat Fb sorg rakan aku ni.. Dia menang Smart Tv.. huhuhu tak ade rezeki aku nak Smart tv tu. Aku menang voucher rm100 je.. Tapi hadiah voucher tu memang dah sampai. Cuma pemenang2 Grand Prize baru je dorg umumkan. Jom,tgk hadiah2 lain yang boleh dimenangi tu :p
Haaa best kan dapat Smart Tv :) Hadiah kemain banyak,Galaxy NoteII,SIII,Kamera Samsung. Dan aku hanya menang hadiah mingguan tu yg bernilai Rm100. Syukur Alhamdulillah..
Ehhh,tersangkut pulak cerite tadi ye,sambung2.. Lepas aku tengok kawan FB aku tu cakap die menang Smart Tv dengn Note II, tergerak pulak hati aku nak tengok email.. Ya Allah,tak sangka betul aku,yg peraduan SMS Giant tu aku disahkan pemenang Utama tu. Walaupun sebelum tu aku mmg dah putus harapan. So,hati dah lega. Bersyukur sangat2 di atas pemberian rezeki dari Allah.
So,hadiah TV dan Voucher Courts Mammoth tu akan sampai ke rumah 6-8 minggu dari sekarang.. Hadiah untuk raya la agaknye ni kan :)
Semoga Allah murahkan lagi rezeki aku lagi lepas ni. Dan aku akan berusaha untuk menceburkan diri dalam peraduan slogan dan siggy lepas ni.. Ok,sampai sini je dulu celoteh hobi aku kali ni. Nanti ade mase,aku bebel sini lagi ye :)
** contest based on slogan & siggy bukan perkara mudah.. Ini adalah cabaran untuk aku.. cayok2,aku mesti cuba dari sekarang.
Read More . . .