Post

Sakit

Lama betul aku tak update blog.. dekat 8 bulan.. kalau mengandung,dah nak bersalin dah ni.. hurmmm bosan tak tau nak buat ape.. tapi,hati ni sedih la pulak..

Husband aku dah 2 hari demam.. malam tadi dia ke klinik.. kesiannya lahai,dia pergi dgn zulaikha naik motor sebab si cerap pulak tidur.. terpaksa jaga cerap kat rumah..
Pagi tadi,husband aku cakap, 'camana kalau B tak boleh hantar ling pegi keje?' Kesian pulak dia cakap macam tu..dia demam,tak larat barangkali nak hantar aku pergi keje.. tapi dia sendiri maklum,yang keje aku tak ade org back up.. dia gigihkan juga diri hantar aku..

Teringat kata2 suami,betul la kata dia.. Aku yang tak pandai berdikari.. Aku yg liat nak amik lesen kereta.. Macam mana kalau suami aku sakit teruk? dekat siapa aku nak mintak tolong hantar kan ke hospital? Rumah aku dengan mak tak ada la dekat mana pun.. Adik aku keje tak menentu shiftnya.. Hurmmmm,risau pulak aku.. Suami aku jarang sangat sakit.. Bila dia sakit macam ni,aku rase macam aku pun turut sakit..

Aku harap suami aku segera sembuh. Ye la,org jarang sakit ni,sekali kite tgk die sakit,mcm parah je sakitnya. Aku dah biasa sakit. Aku tak kisah. Anak2 pun dah selalu sakit. Semoga Allah pulihkan suami aku dari sebarang sakit..

Tak tahu dah taip ape lagi.. kbai..
Read More . . .

Post

Derita aku,sape yg tau?

Kali ni,aku menulis dalam keadaan sedih.. otak mungkin kurang waras,tetapi percayalah,dengan meluah disini,sedikit sebanyak mengurangkan sakit di otak.. Ya Tuhan,ampuni la segala dosa2 ku. Hanya padamu aku memohon dan meminta. Ya Allah,hanya Engkau Tuhan Yang Maha Esa,Maha Pengampun,Maha Pengasih. Ku terima dugaan ini dengan hati yang redha.

Andai suatu hari nanti,mak dapat baca blog ini,ketahui lah mak,anak mu ini cukup menderita. Tak sanggup rasenye,meluahkan segalanya kepada bonda tercinta. Mak,kepala ni sakit sangat2. Tak tertahan dan tertanggung rasanya. Andai kata mak tak tau ita susah,ita tak kisah. Tapi mak,ita mohon agar jangan biarkan orang lain menambah kesusahan ita. Ita letih,mak.

Kenapa mak,mereka2 tu semua hanya tahu meminta tolong,tidak mahu berusaha sendiri? Kenapa mak orang yang dipilih untuk menyelesaikan segala masalah mereka? Tidak tahukah mereka,mak juga mempunyai masalah? Hanya perkara kecil je mak,kita baru bertegang leher tadi? Ya Allah,besar sungguh dosa hambamu ini kerana derhaka kepada ibunya! Astagfirullahalazim.. Astagfirullahalazim.. Astagfirullahalazim..

Ya Allah,sejukkan hati ibu ku. Ku pohon,jauhi lah aku dari sifat amarah dan dendam. mood nak menaip tak ade.. kepala sakit,bagai nak pecah.
Read More . . .

Post

Syukur padamu Ya Allah..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Tak putus2 aku mengucap syukur di atas rezeki yang Allah berikan.. Bukan aku nak membangga diri,atau meriakkan diri ni.. Semua tau ape akibat riak kan,tapi sekadar berkongsi kegembiraan,ku coretkan segala kenangan aku di sini. Esok bila dah tua,boleh la selak2 Blog ni,baca semua kenangan yang pernah ku lalui..

Yea,berita yang menggembirakan aku kali ni,tak lain tak bukan,aku berjaya memenangi peraduan. Dan peraduan kali ni betul2 buat aku pada mulanya membuat aku kecewa sangat2. Sebelum aku cerita,meh tgk peraduan ape yang aku masuk tu.



SMS & menang anjuran Giant. Caranye mudah je,beli je apa2 produk yang terlibat contohnye Drypers,Hey Baby,Librease dan lain2.. Dalam T&C tu cuma nak minimum resit Rm 5 je.. Dan aku pun beli la barangan Librease yang berharga rm5.30 tu.. Sampai di rumah,aku pun sms je la. Peraduan ni selama 27 hari je. Tengok hadiah2 tu,aku target nak S3 mini tu je.

Dan baru2 ni,organizer call,yang aku menang Hadiah Utama.. Perghhhh menggagau aku cari balik form ni,ape agaknye Hadiah Utama tu kan. Waaa TV LED 40",memang aku tak percaya. Organizer suruh aku emailkan semua resit2 dan juga photocopy IC aku. Dengan hati girangnye,aku punggah la beg,cari semua resit2 tu,tapi hampa rase hati ni. 1 resit dah hilang.. Uwaaa takutnya kalau disqualified.. Memang macam tu la peraturannya,kalau tak cukup bukti pembelian tu,maka hadiah itu akan gugur secara automatik.

Aku tawakal je,emailkan resit yang ada. Dan tunggu jawapan dari mereka. Dan mereka mendapati mmg aku tak cukup 1 lagi resit. Lepas tu senyap je macam tu. Hari2 aku fikir,sampai stress jadinya. So,lepas aku luahkan segalanye kepada suami dan kawan2,dorg suruh aku bersabar je. Dan aku set kat minda aku,kalau bukan rezeki,aku redha dan pasrah. Memang kecuaian aku sendiri.

Tunggu punya tunggu,dah rabu,masih tak ada apa2 dekat email.. Aku emailkan dekat mereka Jumaat lepas. Dalam duduk termenung tu,telefon aku bunyi. Ada seorang cina tu kata aku menang Rm 1000 cash voucher dari Tea Pot.. Wahhh tak sangka aku menang.. Terubat jugak la hati ni.


Untuk Tea Pot,memang aku target Hadiah Istimewa tu je. Tak ade la aku nak target Hadiah Utama tu,sebabnya umah aku kecik je,sewa lak tu.. sayang woo rumah sewa Eric Leong buat deco. Kalau umah sendiri tak pe la jugak kan kan kan kan.. Tapi,bohong la kan aku submit 1 form je untuk Tea Pot ni.. Susu ni pun bukan mahal pun. Jadi,aku submit jugakla nama suami aku,aku letak alamat rumah kat kampung tu. Haaa kalau alamat rumah kat segamat tu menang,rela hati sangat aku suruh Eric Leong buat dekorasi. Doakan la ye,nama suami aku sangkut jugak kat Tea Pot.. Dorg tak habis call winner lagi tu.. Hadiah istimewa tu untuk 100 orang. 

Belum lagi dapat voucher,aku dah berangan nak beli sofa baru. Yang suami aku pulak kata,nak beli katil bertingkat untuk anak2. Aishhh mane 1 ni nak beli. Voucher tu pun ade 1 je. Berdoa je la,kot ade lagi nama2 yang aku submit menang kan kan kan.. Nak je aku submit nama kawan2,tapi risau plak,kang menang nama dorg,hadiah dorg amik hahaha.. Nama adik2 aku,aishhh memang susah la nak menang kalau 1 bin/binti.. Selalu aku submit,nama aku laki bini,nama mak dgn nama adik ipar aku yang kat Gemas tu ha. Takpe la, aku dah submit 4 nama,dah cukup bersyukur sangkut 1 nama.

Dalam hati aku ni berbunga2 dah nak dapat Rm1k voucher tu,ternampak la status kat Fb sorg rakan aku ni.. Dia menang Smart Tv.. huhuhu tak ade rezeki aku nak Smart tv tu. Aku menang voucher rm100 je.. Tapi hadiah voucher tu memang dah sampai. Cuma pemenang2 Grand Prize baru je dorg umumkan. Jom,tgk hadiah2 lain yang boleh dimenangi tu  :p


Haaa best kan dapat Smart Tv :) Hadiah kemain banyak,Galaxy NoteII,SIII,Kamera Samsung. Dan aku hanya menang hadiah mingguan tu yg bernilai Rm100. Syukur Alhamdulillah..

Ehhh,tersangkut pulak cerite tadi ye,sambung2.. Lepas aku tengok kawan FB aku tu cakap die menang Smart Tv dengn Note II, tergerak pulak hati aku nak tengok email.. Ya Allah,tak sangka betul aku,yg peraduan SMS Giant tu aku disahkan pemenang Utama tu. Walaupun sebelum tu aku mmg dah putus harapan. So,hati dah lega. Bersyukur sangat2 di atas pemberian rezeki dari Allah.

So,hadiah TV dan Voucher Courts Mammoth tu akan sampai ke rumah 6-8 minggu dari sekarang.. Hadiah untuk raya la agaknye ni kan :)
Semoga Allah murahkan lagi rezeki aku lagi lepas ni. Dan aku akan berusaha untuk menceburkan diri dalam peraduan slogan dan siggy lepas ni.. Ok,sampai sini je dulu celoteh hobi aku kali ni. Nanti ade mase,aku bebel sini lagi ye  :)

** contest based on slogan & siggy bukan perkara mudah.. Ini adalah cabaran untuk aku.. cayok2,aku mesti cuba dari sekarang.

Read More . . .

Post

Migrain tidak tertahan

Assalamualaikum... rindu tak? Aishhhhh mau tak rindu nak tulis2 kat blog..



Tak tau la sekarang ni,kalau ada masalah,aku harus luahkan.. sekurang2nya kepada seseorang. Orang yg pertama akan mendengar masalah aku,sudah tentu sang suami. Minggu ni,aku rasa minggu sakit yang amat2.. Bayangkan dari hari Isnin,sekarang dah khamis,migrain masih bertandang. Sakitnya bukan kepalang lagi..

Paling sedih,hari selasa malam tu. Selesai kami makan sekeluarga bersama dengan mertua aku,kami pergi saloon potong rambut asyraf. Waktu tu kepala aku makin berdenyut. Mungkin sebab aku makan daging.. Aku lupa,aku pantang makin daging. Aku tahan kan je sakit kepala,tetap melayan karenah anak2. 

Balik rumah,sempat aku layan tv3.. Kepala rasa nak pecah. Aku ambil bantal,tutup seluruh kepala untuk mengelakkan dari cahaya lampu. Makin lama,makin sakit. Sampai menangis2 guling2 aku dibuatnya. Dek kerana tak tahan sangat,suami cepat2 turun ke kedai beli ubat,walaupon sebelum tu aku dah telan 2 biji panadol. Balik dari kedai,suami hulur lagi panadol actifast lagi 2biji,sakit tu tetap menyerang,masih tak berkurang.

Setengah jam lepas tu,zulaikha datang,duduk sebelah aku. Sambil tgk aku menekan2 kepala kuat2,dan abahnye mengurut kepala aku,zulaikha buat muka sedih dan hiba. Tak sanggup aku tgk dia macam tu,aku cakap kat dia,ika jangan sedih,kejap lagi ibu mesti sihat. Terus dia menjerit,menangis memanggil ibu.. Ya ampun,mungkin kata2 aku buat die sedih. Aku pujuk supaya dia berhenti menangis,tapi tangisan nye makin kuat sambil memanggil aku.

Aku memang tak ada daya nak bangun,aku suruh baring sebelah aku. Dia baring,dan tetap menangis. Zulaikha bukan la anak yang susah di pujuk. Kalau die menangis terjatuh atau dipukul asyraf,bile dipujuk,dia akan berhenti menangis. Tapi malam tu,buat aku betul2 sedih tgk die menangis. Tangisan dan laungan dari Zulaikha seolah2 aku sudah pergi selama2nya. Kagum dengan Asyraf yang cuba memujuk Zulaikha jugak. "Ika,kan ibu ade sini,ibu tak g mane2,ibu sakit je"..Abah pulak bersuara "ika,meh tdo dekat abah,nanti ibu sihat la tu".. Pujukan demi pujukan tidak dihiraukannya.. Tetap memanggil ibu ~~ ibu ~~ ibu ~~~ sambil kadang2 memegang ke 2 2 pipi aku.

Sejam lepas tu,aku dah ok sikit.. Aku peluk ika dari belakang,bisik kat dia,ibu dah ok. Kita tidur ye.. Sambil teresak kecil,ika tertidur. Aku lihat suami pun dah tertidur. Asyraf masih terkebil2. Aku peluk Asyraf,suruh tidur jugak. Tak sampai 2 minit aku peluk,Asyraf pun tidur. 

Terima kasih Ya Allah menyembuhkan penyakitku. Doa anak2 itu dimakbulkan Allah. Terima kasih abah,asyraf,zulaikha doakan ibu malam tu.Kesakitan malam tu,sangat2 tidak dapat aku tahan. Hari ni dah 4 hari menderita kerana migrain.Tapi syukur,aku masih lagi blh menahan sakit yang sedikit ini.



Read More . . .

Post

Dah 1 tahun 8 bulan.. 4 bulan je lagi :(

Tengok gambar ni,teringat baby ni menangis sekuat hati nak susu.. Terkocoh2 aku menyusukan. Walaupun keadaan aku tak berapa stabil waktu tu. Sekarang dia tak menangis macam ni lagi.. Menangis manja2 gitu.. Menangis penuh rayuan.. Sebak kalau dengar dia merayu :(

Dah 2 malam Zulaikha tak menyusu.. Bukan dia yang tak nak menyusu,aku yang tak bagi.. Kejam tak aku? Huhuhu,bukan senang aku nak "bercerai" dengan anak aku ni.. Aku "sakit" dan aku tak boleh meneruskan perjuangan aku untuk menyusukan anak sampai 2 tahun. Sedih tau,bukan tak sedih. Biar la aku je tau ape "sakit" aku.. Bukan sakit malas nak menyusukan anak.. Aku rase,hampir semua ibu2 di dunia ni bercita2 tinggi untuk menyusukan anak sampai usianya 2 tahun. Tapi,kali ni aku betul2 dah terpaksa dan terdesak untuk berhentikan zulaikha menyusu badan..

2 hari ni amat menyeksakan buat aku,lebih2 lagi zulaikha.. Bengkak yang aku alami macam nak buat aku demam lagi.. Demam yang selalu dialami oleh ibu2 yang berpantang,bengkak susu. Apa yang boleh aku buat? Aku hanya termenung je la kat tempat keje ni.. Sampai aku rase buang masa je termenung sana sini.. Sampai tak ade idea sangat,baru aku jenguk blog aku ni.. Di sini la aku nak luahkan ape yang aku nak luahkan..

Aku suka tangok gambar candid Zulaikha.. Nampak comel hehehe.. Hai Zulaikha sayang,Ibu mintak maaf ye.. Ampunkan ibu ye.. Zulaikha anak yang baik.. Zulaikha kesiankan ibu kan.. Zulaikha doakan jugak la ibu sehat.. Ibu macam terseksa sangat menanggung "sakit" misteri ni.. Dah banyak usaha ibu,dah banyak duit abah abis.. Harap suatu hari nanti,ibu pulih seperti biasa.. Doakan ibu selalu..



Read More . . .

Post

Rezeki untuk 2013



Alhamdulillah.. Hadiah yang aku tunggu-tunggu selama ni selamat sampai di rumah.. Hati tersangat gembira bila melihat hadiah2 yang sampai.. Rasanya,ni la hadiah paling besar untuk tahun 2013 ni.. syukur ke hadrat Ilahi,dengan rezeki yang dilimpahkannya kepada kami..Dah lama tak dapat hadiah best2 hehehe..

Actually,hadiah banyak2 ni bukan la aku submit gambar anak aku je.. Aku submit semua gambar anak2 buah aku sekali hehehe.. Dan yang paling bertuah adalah anak buah aku, anak kakak aku la.. Alisha namanye.. Gambar dan nama Alisha bertuah sehingga memenangi Grand Prize.. yang lain2,hanya menang untuk weekly je.






 
Ni la mesin basuh Toshiba,hadiah dari pages,Comfort Zone Malaysia.. Dan kebetulan,mesin basuh mak aku rosak,jadi aku hadiahkan mesin ni kat mak.. 

 
 Ni pun hadiah untuk Grand Prize.. Ada 3 pack dalam kotak tu.. Boleh la jimat utk sebulan 2.. Tapi,memang kena bagi jugak la kat Alisha 1 pack,sebab menang atas nama dia kan.. 2 packs untuk Zulaikha


 Yang ni pulak hadiah weekly.. Atas nama anak buah aku jugak si Harith dan Rauhah.. Dalam tu ada pampers jugak, tapi yg pack kecik je la.. Yang ade 28pcs dalam tu.. dan juga sebotol pewangi comfort. Hadiah ni aku nak bg kat anak2 buah aku yang kat Gemas tu.


 Yang 3 botol comfort ni hadiah dari Grand Prize jugak, aku dah fikir,nak bagi mak aku,kakak aku.. dan sebotol lagi tu,bg aku la kan.. hahaha..


Ni la hadiah keseluruhan,nampak banyak,tapi bila dah di bahagi2 kan,dapat la seorang sikit.. Syukur sangat2.. Ni je la hadiah aku pertama kali aku kongsikan bersama keluarga. Semoga aku dan keluarga dimurahkan lagi rezeki amin..amin..amin..



Habis dah cerita pasal hadiah.. Rasa macam berbaloi la jugak dapat hadiah tu semua.. Sebab aku pun dah banyak jugak masuk contest.. Tapi,memang nama aku susah nak naik.. Kadang terasa jugak penat nye aku ber contest.. Banyak sangat contest aku masuk,tapi memang tak sangkut pun.. Memang bukan rezeki aku kat situ kan.. Lepas ni,kena la aku submit contest atas nama2 family aku yang lain.. Nama aku tak ada ong kot huhuhuhu..




Read More . . .

Post

Kerana Dirimu Amat Berharga

Assalamualaikum..selamat hari rabu.. hari ni dah 6 Mac 2013 .. Hari ni mood agak bosan,walau pun aku sebenarnye sibuk.. sekejap je dah nak habis 1 mggu utk MARCH.. yg ni mcm kejap,tapi aku tunggu hadiah aku dari tahun lepas,berzaman pulak rasanya.. Bersabar la ita woiiiii (tapi nak sabar sampai bile?huhhuhuhu)

Pagi2,sampai tempat kerja,macam biasa la kan,bukak Facebook.. ambik order,buat transfer..ok siap keje kat FB.. e'ehhh,mesti la kene tgk wall pulak kan.. Scroll ke bawah,bace info ape2 yg dorg tepek dan share.. Tiba2,tertengok plak dorg dah share video kisah budak junior uitm sabah di buli oleh senior mereka.. memang kejam jugak la aku tengok.. senior tak kira lelaki dan perempuan,aku tak tau dorg punye pemikiran macam mana.. adakah kerana si senior ni dulu pernah kene ragging,dan sekarang tiba mase nak ragging junior baru pulak? macam tu la kitaran hidup mereka agaknye.. malas aku nak cakap banyak2 isu ni,takut nanti aku ter sumpah ranah dorg.. buat tambah dosa aku je kan..

Tapi..tapi..tapi..isu yang aku nak bangkitkan ni,lain sikit.. yang ni korang tak yah sebarkan pulak.. hal kecik je,tapi besar pada aku.. Semalam,aku hantar Asyraf ke sekolah.. dah lama aku tak hantar dia.. sebab kalau aku yang hantar,nanti dia makin cembeng,jadi mak aku je la hantar dia ke sekolah. Sampai ke sekolah,sesi pagi tak keluar lagi,jadi aku pun lepak la dengan asyraf kat depan sekolah tu..Tiba2,asyraf menyorok belakang aku,aku tgk depan,ada seorang budak lelaki,putih2,comel la jugak,dan agak berisi badannya,menuju ke sekolah. Aku terus tanya,siapa tu? Perlahan je suara asyraf,itu izham yang selalu pukul,cucuk2 asyraf kat sekolah..

Perghhh,tetibe aku nak berangin.. tapi aku kena la cerdik sikit kan,takkan nak sound je kat situ..Bila izham lalu depan aku,aku terus tanye,kenapa izham pukul asyraf? Lembut je suara aku.. sepantas kilat budak tu lari..Ok,nampak tak dia dah takut dgn aku.. Aku hantar asyraf ke dalam kelas,lalu depan izham,sambil jegil mata,aku ckp lagi,izham jangan pukul asyraf lagi,boleh?. perlahan jugak budak tu jawab,okeyyyyy.. Haaa,tadi aku dah cakap elok2,ko lari2 buat samseng ko.. Terpakse la aku bertindak ganas sikit kali ni..

Kalau kes macam ni,aku memang kena masuk campur.. Mungkin ini sebab kenapa Asyraf tak nak ke sekolah. Budak2 lagi dah pandai membuli.. Betul kata asyraf,dia kecik lagi.. Tapi,tak ada pilihan lain,asyraf kena jugak ke sekolah. Sekarang asyraf dah kurang main game. Dah pandai baca ABC,123..Dah tau hari isnin sampai ahad..kalau asyraf tak ke sekolah,mesti asyraf pro main game,tp bukan itu yg ibu mahukan..

Aku berharap,kes buli membuli di sekolah ni dapat di banteras.. Kesian budak yang kena buli,nanti pemikiran dia tertekan.. tu belum lagi tekanan dari ibu bapa yang memaksa anak ke sekolah.. di sekolah tekanan kena buli pulak..

Dan bukan aku tak pernah tanye apa masalah asyraf di sekolah.. Percaya atau tidak,asyraf cukup tak suka bila aku bercakap pasal sekolah.. Dia akan ubah topik. Punye la aku buat2 happy bertanya,hal sekolah,hal kawan2,tapi soalan2 tu di pandang sepi oleh asyraf.. Kalau dia jawab pun,mungkin pada hari tersebut,dia tak ade masalah di sekolah.. Ada la jugak semangat dia menjawab segala pertanyaan aku.

Kepada Asyraf,teruskan je bersekolah di situ.. Tahun depan kita pindah sekolah ye.. Sekolah yang lebih bagus dan baik.. Mungkin asyraf tak sesuai di sini.. Ibu faham,dan ibu kenal tempat ni..Maafkan ibu,sebab tak ada pilihan lain.

Huarggghhhhhhh lega lepaskan ape yang tersirat..Semoga asyraf bertambah bersemangat ke sekolah. Ibu pon dah tak tau apa cara lagi untuk buat asyraf bersemangat untuk ke sekolah.. Ibu hanya berdoa agar asyraf dirahmati dan dilindungi oleh Allah s.w.t walau dimana asyaraf berada.. Aminnnn..
Read More . . .

gossip girls...

mereka HEBAT :)

Jalanjalan ke sini :)