Post

Derita aku,sape yg tau?

Kali ni,aku menulis dalam keadaan sedih.. otak mungkin kurang waras,tetapi percayalah,dengan meluah disini,sedikit sebanyak mengurangkan sakit di otak.. Ya Tuhan,ampuni la segala dosa2 ku. Hanya padamu aku memohon dan meminta. Ya Allah,hanya Engkau Tuhan Yang Maha Esa,Maha Pengampun,Maha Pengasih. Ku terima dugaan ini dengan hati yang redha.

Andai suatu hari nanti,mak dapat baca blog ini,ketahui lah mak,anak mu ini cukup menderita. Tak sanggup rasenye,meluahkan segalanya kepada bonda tercinta. Mak,kepala ni sakit sangat2. Tak tertahan dan tertanggung rasanya. Andai kata mak tak tau ita susah,ita tak kisah. Tapi mak,ita mohon agar jangan biarkan orang lain menambah kesusahan ita. Ita letih,mak.

Kenapa mak,mereka2 tu semua hanya tahu meminta tolong,tidak mahu berusaha sendiri? Kenapa mak orang yang dipilih untuk menyelesaikan segala masalah mereka? Tidak tahukah mereka,mak juga mempunyai masalah? Hanya perkara kecil je mak,kita baru bertegang leher tadi? Ya Allah,besar sungguh dosa hambamu ini kerana derhaka kepada ibunya! Astagfirullahalazim.. Astagfirullahalazim.. Astagfirullahalazim..

Ya Allah,sejukkan hati ibu ku. Ku pohon,jauhi lah aku dari sifat amarah dan dendam. mood nak menaip tak ade.. kepala sakit,bagai nak pecah.

gossip girls...

mereka HEBAT :)

Jalanjalan ke sini :)