Migrain tidak tertahan
Assalamualaikum... rindu tak? Aishhhhh mau tak rindu nak tulis2 kat blog..
Tak tau la sekarang ni,kalau ada masalah,aku harus luahkan.. sekurang2nya kepada seseorang. Orang yg pertama akan mendengar masalah aku,sudah tentu sang suami. Minggu ni,aku rasa minggu sakit yang amat2.. Bayangkan dari hari Isnin,sekarang dah khamis,migrain masih bertandang. Sakitnya bukan kepalang lagi..
Paling sedih,hari selasa malam tu. Selesai kami makan sekeluarga bersama dengan mertua aku,kami pergi saloon potong rambut asyraf. Waktu tu kepala aku makin berdenyut. Mungkin sebab aku makan daging.. Aku lupa,aku pantang makin daging. Aku tahan kan je sakit kepala,tetap melayan karenah anak2.
Balik rumah,sempat aku layan tv3.. Kepala rasa nak pecah. Aku ambil bantal,tutup seluruh kepala untuk mengelakkan dari cahaya lampu. Makin lama,makin sakit. Sampai menangis2 guling2 aku dibuatnya. Dek kerana tak tahan sangat,suami cepat2 turun ke kedai beli ubat,walaupon sebelum tu aku dah telan 2 biji panadol. Balik dari kedai,suami hulur lagi panadol actifast lagi 2biji,sakit tu tetap menyerang,masih tak berkurang.
Setengah jam lepas tu,zulaikha datang,duduk sebelah aku. Sambil tgk aku menekan2 kepala kuat2,dan abahnye mengurut kepala aku,zulaikha buat muka sedih dan hiba. Tak sanggup aku tgk dia macam tu,aku cakap kat dia,ika jangan sedih,kejap lagi ibu mesti sihat. Terus dia menjerit,menangis memanggil ibu.. Ya ampun,mungkin kata2 aku buat die sedih. Aku pujuk supaya dia berhenti menangis,tapi tangisan nye makin kuat sambil memanggil aku.
Aku memang tak ada daya nak bangun,aku suruh baring sebelah aku. Dia baring,dan tetap menangis. Zulaikha bukan la anak yang susah di pujuk. Kalau die menangis terjatuh atau dipukul asyraf,bile dipujuk,dia akan berhenti menangis. Tapi malam tu,buat aku betul2 sedih tgk die menangis. Tangisan dan laungan dari Zulaikha seolah2 aku sudah pergi selama2nya. Kagum dengan Asyraf yang cuba memujuk Zulaikha jugak. "Ika,kan ibu ade sini,ibu tak g mane2,ibu sakit je"..Abah pulak bersuara "ika,meh tdo dekat abah,nanti ibu sihat la tu".. Pujukan demi pujukan tidak dihiraukannya.. Tetap memanggil ibu ~~ ibu ~~ ibu ~~~ sambil kadang2 memegang ke 2 2 pipi aku.
Sejam lepas tu,aku dah ok sikit.. Aku peluk ika dari belakang,bisik kat dia,ibu dah ok. Kita tidur ye.. Sambil teresak kecil,ika tertidur. Aku lihat suami pun dah tertidur. Asyraf masih terkebil2. Aku peluk Asyraf,suruh tidur jugak. Tak sampai 2 minit aku peluk,Asyraf pun tidur.
Terima kasih Ya Allah menyembuhkan penyakitku. Doa anak2 itu dimakbulkan Allah. Terima kasih abah,asyraf,zulaikha doakan ibu malam tu.Kesakitan malam tu,sangat2 tidak dapat aku tahan. Hari ni dah 4 hari menderita kerana migrain.Tapi syukur,aku masih lagi blh menahan sakit yang sedikit ini.
Post a Comment