Archives

Post

Rezeki untuk 2013



Alhamdulillah.. Hadiah yang aku tunggu-tunggu selama ni selamat sampai di rumah.. Hati tersangat gembira bila melihat hadiah2 yang sampai.. Rasanya,ni la hadiah paling besar untuk tahun 2013 ni.. syukur ke hadrat Ilahi,dengan rezeki yang dilimpahkannya kepada kami..Dah lama tak dapat hadiah best2 hehehe..

Actually,hadiah banyak2 ni bukan la aku submit gambar anak aku je.. Aku submit semua gambar anak2 buah aku sekali hehehe.. Dan yang paling bertuah adalah anak buah aku, anak kakak aku la.. Alisha namanye.. Gambar dan nama Alisha bertuah sehingga memenangi Grand Prize.. yang lain2,hanya menang untuk weekly je.






 
Ni la mesin basuh Toshiba,hadiah dari pages,Comfort Zone Malaysia.. Dan kebetulan,mesin basuh mak aku rosak,jadi aku hadiahkan mesin ni kat mak.. 

 
 Ni pun hadiah untuk Grand Prize.. Ada 3 pack dalam kotak tu.. Boleh la jimat utk sebulan 2.. Tapi,memang kena bagi jugak la kat Alisha 1 pack,sebab menang atas nama dia kan.. 2 packs untuk Zulaikha


 Yang ni pulak hadiah weekly.. Atas nama anak buah aku jugak si Harith dan Rauhah.. Dalam tu ada pampers jugak, tapi yg pack kecik je la.. Yang ade 28pcs dalam tu.. dan juga sebotol pewangi comfort. Hadiah ni aku nak bg kat anak2 buah aku yang kat Gemas tu.


 Yang 3 botol comfort ni hadiah dari Grand Prize jugak, aku dah fikir,nak bagi mak aku,kakak aku.. dan sebotol lagi tu,bg aku la kan.. hahaha..


Ni la hadiah keseluruhan,nampak banyak,tapi bila dah di bahagi2 kan,dapat la seorang sikit.. Syukur sangat2.. Ni je la hadiah aku pertama kali aku kongsikan bersama keluarga. Semoga aku dan keluarga dimurahkan lagi rezeki amin..amin..amin..



Habis dah cerita pasal hadiah.. Rasa macam berbaloi la jugak dapat hadiah tu semua.. Sebab aku pun dah banyak jugak masuk contest.. Tapi,memang nama aku susah nak naik.. Kadang terasa jugak penat nye aku ber contest.. Banyak sangat contest aku masuk,tapi memang tak sangkut pun.. Memang bukan rezeki aku kat situ kan.. Lepas ni,kena la aku submit contest atas nama2 family aku yang lain.. Nama aku tak ada ong kot huhuhuhu..




Read More . . .

Post

Kerana Dirimu Amat Berharga

Assalamualaikum..selamat hari rabu.. hari ni dah 6 Mac 2013 .. Hari ni mood agak bosan,walau pun aku sebenarnye sibuk.. sekejap je dah nak habis 1 mggu utk MARCH.. yg ni mcm kejap,tapi aku tunggu hadiah aku dari tahun lepas,berzaman pulak rasanya.. Bersabar la ita woiiiii (tapi nak sabar sampai bile?huhhuhuhu)

Pagi2,sampai tempat kerja,macam biasa la kan,bukak Facebook.. ambik order,buat transfer..ok siap keje kat FB.. e'ehhh,mesti la kene tgk wall pulak kan.. Scroll ke bawah,bace info ape2 yg dorg tepek dan share.. Tiba2,tertengok plak dorg dah share video kisah budak junior uitm sabah di buli oleh senior mereka.. memang kejam jugak la aku tengok.. senior tak kira lelaki dan perempuan,aku tak tau dorg punye pemikiran macam mana.. adakah kerana si senior ni dulu pernah kene ragging,dan sekarang tiba mase nak ragging junior baru pulak? macam tu la kitaran hidup mereka agaknye.. malas aku nak cakap banyak2 isu ni,takut nanti aku ter sumpah ranah dorg.. buat tambah dosa aku je kan..

Tapi..tapi..tapi..isu yang aku nak bangkitkan ni,lain sikit.. yang ni korang tak yah sebarkan pulak.. hal kecik je,tapi besar pada aku.. Semalam,aku hantar Asyraf ke sekolah.. dah lama aku tak hantar dia.. sebab kalau aku yang hantar,nanti dia makin cembeng,jadi mak aku je la hantar dia ke sekolah. Sampai ke sekolah,sesi pagi tak keluar lagi,jadi aku pun lepak la dengan asyraf kat depan sekolah tu..Tiba2,asyraf menyorok belakang aku,aku tgk depan,ada seorang budak lelaki,putih2,comel la jugak,dan agak berisi badannya,menuju ke sekolah. Aku terus tanya,siapa tu? Perlahan je suara asyraf,itu izham yang selalu pukul,cucuk2 asyraf kat sekolah..

Perghhh,tetibe aku nak berangin.. tapi aku kena la cerdik sikit kan,takkan nak sound je kat situ..Bila izham lalu depan aku,aku terus tanye,kenapa izham pukul asyraf? Lembut je suara aku.. sepantas kilat budak tu lari..Ok,nampak tak dia dah takut dgn aku.. Aku hantar asyraf ke dalam kelas,lalu depan izham,sambil jegil mata,aku ckp lagi,izham jangan pukul asyraf lagi,boleh?. perlahan jugak budak tu jawab,okeyyyyy.. Haaa,tadi aku dah cakap elok2,ko lari2 buat samseng ko.. Terpakse la aku bertindak ganas sikit kali ni..

Kalau kes macam ni,aku memang kena masuk campur.. Mungkin ini sebab kenapa Asyraf tak nak ke sekolah. Budak2 lagi dah pandai membuli.. Betul kata asyraf,dia kecik lagi.. Tapi,tak ada pilihan lain,asyraf kena jugak ke sekolah. Sekarang asyraf dah kurang main game. Dah pandai baca ABC,123..Dah tau hari isnin sampai ahad..kalau asyraf tak ke sekolah,mesti asyraf pro main game,tp bukan itu yg ibu mahukan..

Aku berharap,kes buli membuli di sekolah ni dapat di banteras.. Kesian budak yang kena buli,nanti pemikiran dia tertekan.. tu belum lagi tekanan dari ibu bapa yang memaksa anak ke sekolah.. di sekolah tekanan kena buli pulak..

Dan bukan aku tak pernah tanye apa masalah asyraf di sekolah.. Percaya atau tidak,asyraf cukup tak suka bila aku bercakap pasal sekolah.. Dia akan ubah topik. Punye la aku buat2 happy bertanya,hal sekolah,hal kawan2,tapi soalan2 tu di pandang sepi oleh asyraf.. Kalau dia jawab pun,mungkin pada hari tersebut,dia tak ade masalah di sekolah.. Ada la jugak semangat dia menjawab segala pertanyaan aku.

Kepada Asyraf,teruskan je bersekolah di situ.. Tahun depan kita pindah sekolah ye.. Sekolah yang lebih bagus dan baik.. Mungkin asyraf tak sesuai di sini.. Ibu faham,dan ibu kenal tempat ni..Maafkan ibu,sebab tak ada pilihan lain.

Huarggghhhhhhh lega lepaskan ape yang tersirat..Semoga asyraf bertambah bersemangat ke sekolah. Ibu pon dah tak tau apa cara lagi untuk buat asyraf bersemangat untuk ke sekolah.. Ibu hanya berdoa agar asyraf dirahmati dan dilindungi oleh Allah s.w.t walau dimana asyaraf berada.. Aminnnn..
Read More . . .

gossip girls...

mereka HEBAT :)

Jalanjalan ke sini :)