Post

Tangisan pilu.

Hujan yg turun malam ini,seperti sedang memahami perasaan yg bercampur baur.. si anak yg sedari tadi menangis mintak disusukan masih lagi dipujuk oleh si ibu.. hati si ibu pilu melihatkan si anak menangis,disuakan susu botol,si anak menolak.. macam mana nak pujuk hati si anak lagi?? air matanya hampir kering,suaranya sudah serak2,air hidung tetap meleleh walau sudah di lap berkali2.. si ayah mula hilang sabar,anak dimarahi.. makin kuat tangisannya.. tangisan si ibu di dalam hati selebat hujan di luar.. tidak sanggup melihat anak di marah.. si ayah cuba memujuk,mendukung lalu di bawa berjalan2 sekitar rumah.. tangisan tidak berkurangan.. si ayah mula menyindir, "menangis mcm mana sekali pun,ibu mu tidak akan memberi susu".. ya,sindiran itu utk si ibu.. pedihnya hati si ibu,hanya tuhan yg tahu.. wahai si ayah,tahu kah kesakitan dan kepedihan yg ditanggung oleh si ibu?.. tidak cukup dgn itu,si ayah mula mengeluarkan kata2 yg menyinggung hati si ibu.. "hanya kerana luka sedikit,itu pun tidak dapat menahan?".. si ibu mula tersentap.. si ayah mengambil sebatang rokok dan berlalu ke bilik mandi.. ya,memang luka ini kecil pada penglihatan mu.. lantas si ibu bangun mendukung si anak dan terus di bawanya ke bilik.. disusukan si anak td.. si anak terus menyusu,tangisannya terhenti.. manakala si ibu,menanggung kesakitan.. air mata si ibu mula bergenang.. dan akhirnya berjuraian.. betapa sakitnya dirasai si ibu,berkorban untuk si anak kecil yang tidak mengerti apa2..

15min berlalu,mata si anak layu.. 30min berlalu,si anak mula tidur..45min berlalu,si ibu perlahan2 beredar dari tempat tidur.. dan mula mengesat air mata.. di lihat wajah si anak yang lena tidur.. kemudian si ibu ke bilik air.. dilihatnye,luka lagi.. si ibu mengeluh,bila agaknya luka2 ini akan sembuh.. bila la agaknya,bahagian areola nak susut dari bengakak.. bila la agaknya kulit berhenti menggelupas.. dicucinya.. aduhhh pedih.. dilap perlahan.. di lihat sekitar rumah,si ayah sudah tiada..

Sambil duduk di sofa,si ibu masih lagi memikirkan cara agar anaknya menyusu menggunakan botol.. bukan niat si ibu untuk jadi kedekut.. risau si anak minum susu yang berdarah,ini kerana susu pun sudah tiada.. si anak tetap memaksa penghasilan susu.. mengapa jika dengan orang lain,anaknya senang benar menyusu dan tidur.. mungkin benar kata orang,si anak akan terlebih manja bila melihat ibunya.. penat memikirkan hal si anak,si ibu mengurut2 pula kepala yg semakin lama,semakin sakit.. sakit yang tiada berkurangan.. tiada siapa peduli kepala si ibu sakit 2 3 hari berturut2 ni.. si ibu yg sememangnya malas bercakap tentang kesihatannya kepada keluarga,membiarkan kesakitan itu menyerang..

Hari ini,hari ke 3 kepala si ibu berdenyut2.. seperti mahu di pecahkan kepalanya itu.. nasib baik la keluarga ada menjaga anaknya.. malam ini,hanya tinggal si ibu dan juga si anak.. si ayah sudah keluar mencari rezeki ketika senja tadi.. kesian si ayah,meredah hujan lebat.. si ibu yang merajuk dengan si ayah,membiarkan saja si ayah pergi meredah hujan.. mungkin masih merajuk lagi gara2 siang tadi,meminta untuk pilang ke rumah keluarga,tidak di beri keizinan.. di tambah dengan sindiran ketika anak menangis tadi.. ya,si ibu masih merajuk.. dirasakan dirinya tidak berdaya menjaga anak kecil yang meragam seorang diri,kerana itu la,si ibu meminta agar si ayah menghantarnya pulang ke rumah keluarga yang tidak berapa jauh dari kediaman mereka..

Mungkin kah hari esok akan sama seperti hari ini.. begitu sukar melalui hari sebegini.. suka atau tidak,mau atau tidak,setuju atau tidak,si ibu / si ayah / si anak akan melalui kehidupan mereka.. semoga semuanya akan baik2 saja esok..semoga hari esok lebih baik dari hari ini..


cerpen ini adalah luahan seorang ibu yg lemah...

gossip girls...

mereka HEBAT :)

Jalanjalan ke sini :)